Perempuan berkalung sorban
Menghabiskan 2 jam menonton filem yang memenangi tujuh nominasi
Festival Film Bandung 2009 membuatkan aku tersenyum sinis. Filem ini mendapat bantahan beberapa kiyai di Indonesia dan menggesa
agar ia diboikot. Namun ketahuilah, memboikot tidak mampu menghalang idea dan
minda pengarah, Hanung Bramantyo dalam filem tersebut.
Bahkan mungkin ia akan mengakibatkan berlakunya ketegangan yang tidak sihat
antara dua ideologi paradoks, Kaum Salafiyyah yang konservatif tradisi dan juga
golongan minoriti liberal yang memandang isu dan budaya setempat dari sisi
pandang yang berbeza. Pertembungan inilah yang menjadi filem ini mampu
meraihkan nominasi yang banyak sekaligus memaparkan kritikan golongan
pragmitif.
Sungguh, saya
tidak menafikan terlalu banyak perkara yang boleh dibincangkan menerusi filem
ini. Baik dari sudut hukum dan idea. Sebahagian memandang filem ini
memperlekehkan golongan Kiyai atau agamawan dengan kritikan yang pedas. Tetapi
saya berpandangan peribadi, idea yang dipaparkan tidak menghina Islam mahupun
muslim. Ia tidak lebih dari mempersembahkan kritikan sosial (social-critic). Dialog-diolag dalam filem ini seperti ‘Syurga wanita ditapak kaki suami’, ‘Islam tidak adil terhadap perempuan’ ,”malaikat
melaknat isteri” ,itu natijah terhadap sebuah pendidikan yang sempit(narrow
view) ataupun jumud(captive view). Anissa, watak antagonis yang menghidupkan
filem dengan mempersoalkan isu kewanitaan yang disangkanya Islam men-double
standard-kan gender. Kelihatan, Syed Syeikh Al Hadi telah lama sedar akan
kebejatan emansipasi wanita yang berleluasa di bumi nusantara menerusi novel
terkenalnya,”Hikayat Faridah Hanom”(1925). Menampilkan tema percintaan yang
terhalang kerana adat. Kemudian tokoh seni Melayu, P. Ramlee turut senada dalam
perjuangan yang serupa melalui filem,” Penarik Beca”.
Feminisme dan
skeptisme
Isu feminism menjadi hangat
kebelakangan ini, lebih2 lagi setelah kemunculan Irsyad Manji, tokoh liberal
wanita yang mempersoalkan sedikit sebanyak isu ini. Dahulu lagi, SIS telah
terkehadapan mengarah perbincangan soal kewanitaan.yang ditubuhkan secra rasmi tahun 1993.Sejarahnya, sekumpulan
peguam, aktivis, ahli akademik dan wartawan wanita bersama-sama menubuhkan satu pergerakan untuk
menyelesaikan masalah wanita Islam pada 1988. Antara mereka ialah Zainah Anwar dan juga Marina Mahathir.Tumpuannya
adalah untuk mencabar undang-undang dan dasar atas nama Islam yang
mendiskriminasikan wanita. Tumpuan SIS kemudiannya diperluaskan kepada isu
lebih besar umpamanya hak asasi, perlembagaan dan demokrasi.
Dalam filem tersebut,SIS sekali
lagi muncul sebagai hero apabila mampu memberi ruang kepada golongan wanita
yang ditindas yang awalnya tidak mampu “
dipertahankan” golongan agama yang hanya menghafal dalil dan nas seraya menyeru
bersabar kerana isteri yang bersabar itu disayangi Tuhan. Lantas, golongan yang
ditindas ini akan memandang agama tidak lagi beperanan sebagai sebuah institusi
penyelamat. Maka terbentuklah minda skeptism golongan tertindas. Maka ramai pula golongan kiyai
mahupun ustaz berapi menyalahkan SIS kerana memperlekehkan hukum Islam tanpa
mereka mencermin diri sendiri sebagai penyampai agama sepertimana Muslimat PAS pernah mencadang pengharaman pertubuhan
songsang itu.Malah lebih parah,pada 31 julai 2008, Menteri Dalam Negeri telah
bertindak secara mengharamkan buku keluaran SIS iaitu “ Muslim Women and The Challenge of Islamic
Extrimist”.
Perjuangan yang
sukar
Memperjuangkan
hak-hak kewanitaan bukanlah seperti memperjuangkan hak melayu umpamanya. Biarpun
perjuangan hak melayu itu pasti bertemu penghalang atau ramai yang mengata di belakang,tetapi sekurang-kurang hak melayu itu sudah termaktub dalam
Perlembagaan Perkara 153. Namun hak kewanitaan tidak begitu.Oleh itu kita mampu meneliti sejarah gender Hawa ini ditindas di tengah2 padang arab, diperkosa hak wanita sewenang. Bayi perempuan
yang lahir di tanam hidup hanya dek malu. Al Quran menegur perbuatan jelek itu:
بأي ذنبٍ قتلت
(atas dosa
apakah mereka dibunuh?)
Dalam masyarakat
arab jahiliah, jika suami mati meninggalkan janda. Maka janda boleh diwarisi
anak lelaki dan perbuatan keji tersebut tidak dibantah. Pada adat Parsi,
dianggap satu kemuliaan anak perempuan mengahwini bapa kandung. Perbuatan yang
dianggap sumbang mahram hari ini pernah menjadi budaya. Dalam hal lain,
masyarakat Athens mengamalkan budaya membunuh isteri jika suami sabit kesalahan
membunuh orang. Wanita dijadikan alat penebus dosa. Sati pula terkenal
di kalangan masyarakat Hindu atau dalam masyarakat Jawa dikenali degan istilah
Pati Obong. Apabila suami mati, isteri perlu dibakar sekali bersama mayat
suami. Hindu patut berterima kasih terhadap penjajah Inggeris yang datang
menjajah bumi India dan menghapuskan adat buruk itu. Sebelum kedatangan Islam,
demikianlah kondisi wanita yang dikelaskan sebagai second-class. Nabi Muhammad
melaungkan seruan pembebasan di tengah-tengah tsunami kezaliman yang menganggap
wanita umpama sial dan petaka. Islam satu ketika menjadi perisai pembela hak2
wanita. Agama bertindak sebagai penyelesai kepada masalah masyarakat. Islam
yang sebeginilah yang didambakan Anissa dalam filem tersebut.
Tajdidlah
“ cis, belajar
jauh2, balik mengajarku istigfar.Aku lebih tahu istigfar daripada kau”
Petikan dialog
ini apabila Khudori,suami kedua Anissa menasihati Anissa bersabar atas ujian.
Jawapan dan luahan mangsa kezaliman yang cukup menusuk hati. Islam sudah pasti
bukan berhenti pada kalimah sabar. Adakah hanya nasihat seperti ini yang
dianjurkan Islam tanpa bergerak(mobilasi) menentang mungkar. Adakah tiada dalil
menentang kezaliman? Seorang isteri datang mengadu kepada pegawai agama dek
kedayusan suaminya lalu disuruhnya bersabar. Tetapi kalau bab tangkap khalwat,
institusi agamalah yang berada di hadapan sekali dalam operasi penangkapan,
biarpun perbuatan mungkar tersebut belum dipastikan lagi.
Isu-isu masyarakat
sebegini harus ditangani dengan keluasan kefahaman golongan berkuasa dan jangan
bersikap lewa. Tidak hanya duduk di bilik ber air-cond, menanti aduan dan memberi sepatah dua nasihat kemudian
mendabik dada berbangga kononnya diri sudah berbakti terhadap agama. Fiqh-fiqh yang
melibatkan kewanitaan juga perlu dipandang pada kondisi(context) masyarakat
marhaen agar fiqh-fiqh mejadikan diri orang beragama bukan terbeban. Formulanya
senang:
Jumud membunuh kebebasan
Masalah jumud berlaku
di beberapa Negara Teluk yang kuat salafiah dan juga negara-negara
Indo-Pakistan dan Nusantara yang kuat aliran konservatif traditionalis.
Walaupun antara manhaj salafi dan fanatik traditonalis mazhab itu berbeza dalam
banyak persoalan, namun mereka kadang-kadang sama-sama menyempitkan fikiran
agama mengenai kehidupan dan wanita dalam banyak hal. Skeptism yang meluas
terhadap islam terhasil daripada jumudnya sebahagian golongan agama. Mereka
kecewa dengan agama yang dianuti, sehinggakan Kristian dan SIS dipandang lebih
relevan pada kaca mata mereka.Hal inilah yang dikritik sinis oleh tokoh
komunism, Karl Marx (1818-1883):
“Religion is the
sigh of the oppressed creature, the heart of a heartless world, and the soul of
soulless conditions”
Akhirnya, saya
menutup cernaan minda kali ini dengan petikan daripada novel agung Syed Syeikh
Al Hadi:
“Bermula, menyekat akan perempuan daripada pelajaran itu
suatu dosa yang maha besar di atas kaum dan bangsa dan negeri yang akan
diperiksa kelak oleh Tuhan dihadapan-Nya di padang mahsyar dan dibalasi-Nya
dengan penjara neraka jahanam bagaimana laki-laki itu penjara sekalian
perempuan-perempuan di dalam api dapurnya sahaja di dunia ini”. (Hikayat
Faridah Hanum, 1985: 136)
-5 Jun 2012-