Kritik
Sebuah zaman yang bertemu di
antara pola fikiran ekstrem aqli (rasionalis) dan
ekstem naqli (skripturalis), maka akan terwujud sebuah kelompok yang mengambil
jalan tengah, tidak liberal hingga menggadai prinsip, tidak jumud (captive view)
hingga tersekat, tetapi menimbal antara kedua aliran. Demikianlah corak yang
berlaku dalam pasca-Arab Renaissance Timur Tengah baru-baru ini. Gerakan En-Nahdah
pimpinan Rachid Ghannouchi di Tunisia dan Freedom and Justice Party(FJP) di
Mesir yang menjadi kumpulan terbesar dalam usaha menggulingkan rejim diktatorial
atau totaliter. Selepas jatuhnya rejim-rejim tersebut, maka orang ramai bertempik
mengatakan Islam sudah bangkit. Benarkah Islam sudah bangkit? Saya bukan terlalu
simplistik atau tidak bersetuju dengan tema’Revolusi Islam’, tetapi saya
mempersoalkan golongan yang terlalu taksub dengan gerakan revolusioner hingga
memandang revolusi yang dibawa itu revolusi Islam. Kerana akhirnya bagi mereka,
golongan revolusioner ini akan mendirikan kerajaan teokrasi atau Daulah Islamiyyah. Secara tidak langsung, mereka meletakkan
syarat, revolusi mestilah mereka yang memperjuangkan Negara Islam(Islamic
State). Hakikatnya berbeza. En Nahdah bukanlah parti Islam dan tidak berniat
merampas kuasa(coup d'eta) untuk mendirikan Negara Islam. Ghannouchi juga
menolak khlifah islamiyyah dengan mengutamakan corak kerajaan demokrasi
berparlimen, dan mereka menerima sepenuh konsep keadilan sosial, demokrasi berparti dan
pluralism agama. Tiada perkataan Negara Islam? Adakah mereka tidak
memperjuangkan Islam?
Salah faham
Darwin itu
sesat. Logikkah kita asal dari beruk. Keparat Darwin itu mencela manusia. Agak2
begitulah jawapan yang dijawab ustaz-ustaz kalau ada yang bertanya, tanpa mampu
membezakan antara Charles Darwin, Darwinism, Neo-Darwinism, Social-Darwinism dan
Teori Evolusi. Samalah,bila orang bercakap tentang sekular dan demokrasi sebagai
contoh, maka cepat-cepatlah ustaz-ustaz kampung atau mahasiswa-mahasiswa muda menghukum. Katanya
telah mencabar hukum tuhan. Tiada demokrasi dalam Islam. . Begitu parah
penyakit skeptisme orang kita. Sememang bila sekularism atau liberalism
dipandang dari dimensi yang satu, maka tanggapan tunggal yang negatif sahaja yang
diperolehi. Sebagai contoh, sekular Kemalisme yang didoktrinkan oleh Mustafa
Kamal Attaturk itu bermaksud kerajaan mempunyai hak mutlak mengawal aktiviti
beragama rakyat. kerana itu, kita melihat undang-undang pengharaman tudung,azan ke
bahasa turki, mengharamkan solat berjemaah dan menghapuskan pewarisan atau
faraid (inheritage) dalam Islam. Kesan Sekular Kemalism ini dicerita panjang oleh Dr.
Abdullah Azzam dalam bukunya, Turki Negara Dua Wajah. Tetapi bila kita melihat sekular Perancis atau Amerika pula yang memperkenalkan konsep laicisme, beranggapan definisi sekular itu ialah ketiadaan gangguan keagamaan dalam hal ehwal kerajaan dan
ketiadaan campur tangan pemerintah dalam hal ehwal keagamaan. Maka, sekular
mana yang dikutuk dan yang mana yang patut disokong.
Fudamentalism
Realiti kini menuntut kita
menjadi flexible. Perlu mengetahui pertembungan dan keserasian antara ideology
seperti socialism, liberal,demokrasi dengan Islam. J.
L Esposito dan James T. Piscatori menulis sebuah artikel, Islam and Democratization yang padat membuah idea dan mencari titik persamaan Bukan semuanya
dimusuhi. Banyak juga yang menetapi ciri-ciri kehendak Islam. Jadilah golongan fundamentalist
yang modernist. Cara dan idea diperbagai, tetapi prinsip yang fundamental tidak
tergadai. Abad -21 mentakdirkan pertembungan yang banyak dengan isme-isme baru ini.
Jadilah kritis bukan prejudist. Konsep
sebuah kerajaan Islam bukan terletak pada perkataan Islam mahupun perlembagaan
yang berteraskan al quran semata mata. Namun dilihat dari aspeks aplikasi. Apa
guna sebuah negara seperti Mesir yang meletakkan Al Quran sebagai perlembagaan
tertinggi negara jika hak-hak sosial dinafi. Dan apa kurangnya negara yang tidak
mensyaratkan begitu seperti United Kingdom tetapi hak bersuara dan mengkririk
dibentang seluas luasnya. Akhirnya, saya berpendapat sama dengan ramai orang
bahawa angin perubahan corak kenegaran di banyak tempat sedikit sebanyak telah
bergerak ke arah demokrasi. Hal ini jelas diperkuat oleh Francis Fukuyama dalam buku beliaunya,The End of
History and The Last Man . Fukuyama menyatakan bahawa ‘akhir sejarah’ akan
menyaksikan semua umat manusia kecuali dunia Islam akan menerapkan sistem
demokrasi-liberal sebagai bentuk pemerintahan yang paling rasional.Antara hujah daripada beliau ialah
pada 1790, hanya tiga negara (AS, Swiss dan Perancis) yang memilih demokrasi
liberal, 1848 (lima buah negara), 1900 (13), 1919 (25), 1940 (13), 1960 (36),
1975 (30) dan pada 1990, 61 negara memilih demokrasi-liberal dalam sistem
pemerintahan masing-masing.
Teruslah kita mengayuh sampan ke muara berlumut dan memandang orang lain
mengemudi kapal ke dataran emas. Lambailah ke arah mereka, teruslah kita di
sungai cetek yang sama.
-15 Julai 2012-

No comments:
Post a Comment