Wednesday, 14 November 2012

Akaun Lama, Pemilik Berbeza


(“8 jam tidur, 5 jam kuliah, 2 jam riadah, 2 jam solat, 2 jam makan. Aik, mana lagi bagi 5 jam nih..? Oh, 5 jam untuk FB dan twitter...hehehe”). Fullstop

Sosialsphere seperti FB dan Twitter tidak dapat dinafikan memberi impak yang besar dalam proses akses maklumat dan dalam proses mengembangkan dinamika ruang awam (public sphere). Dari sekecil-kecil perkara boleh dikongsi bersama, sehinggalah kepada sebesar dan seberat perkara yang diwacanakan. Harapnya sebaris kesyukuran dilafazkan atas kemudahan ini teman-teman sekalian.

Dahulunya, dengan harga secawan kopi, golongan cendikiawan, komuniti peniaga, golongan awam, ahli politikus mampu berbincang di kafe yang tumbuh dengan banyak di rantau Eropah. Sebagai contoh, di Perancis, kafe terkenal sebagai tempat berhimpun para pengkritik kerajaan dan markaz kelahiran arus subterranean atau bawah tanah. Namun lama kelamaan, konsep ini kian terpadam dengan munculnya kafe siber.




















Budaya Baru

Pertembungan idea dan attitude yang pelbagai berhimpun di alam siber, menjadikan 'alam' itu sarat dan sesak dengan kepelbagaian. Penduduk 'alam'  itu juga berbagai ragam dan jenis. Mereka yang kurang ethic(etika) dalam menyantuni kepelbagaian ini, biasanya tewas dipandu nafsu dan emosi. Keterlibatan golongan itu juga memunculkan sebuah budaya baru, yang dinamakan budaya selektif.

Selain melahirkan spesies masyarakat dua alam ( masyarakat passive in reality dan hyperactive in fantacy). Selektif juga budaya yang sangat biasa. Budaya memilih tokoh atau kumpulan tertentu sebagai bahan perkongsian ( sharing is everything, and LIKE is exciting). Hanya berkongsi kalam terpilih daripada tokoh terpilih. Adapun tokoh yang dirasakan kontroversi atau tidak selari dengan pemikiran, dipandang sinis dan selalunya tidak di'share'kan kata-kata mereka sekalipun ia benar.

Demikian juga ketika berlaku perselisihan di ruang perbincangan. Kebetulan kedua-dua yang bertembung itu masing-masing mempunyai sokongan. Penyokong di belakang selalunya sudah tidak kisah sejauh mana perbincangan itu berhasil, atau ke tahap mana perbincangan tersebut. Tapi mereka cenderung menyokong pilihan mereka. Agaknya, terlalu silau dengan semangat assobiyyah. Langsung mengetepikan minda yang rasional dalam memilih. Dan kebanyakan golongan ini ialah golongan mahasiswa yang kononnya mendakwa diri mereka, " kami terbuka", "kami tidak assobiyyah", "kami telus".

Saidina Ali r.a dalam satu kata-katanya yang masyhur menyebut,

“ Dikenali tokoh dengan kebenaran, tidaklah kebenaran dikenali dengan tokoh”.

Literalnya bermaksud, seorang tokoh tidak mewakili kebenaran. Demikian juga jalur pemikiran atau kepartisan tidak diberi mandat sebagai pewakil kebenaran yang mutlak. Mazhab Az-Zohiri , yang terkenal sebagai mazhab literal. Menetapkan hukum berpandukan zahir nas. Ramai ulama’ tidak menyetujui method tersebut, namun mereka tidak menolak mazhab tersebut bulat-bulat. Malahan, kitab “ Muhalla” karangan Ibn Hazm, tokoh mazhab Zohiri menjadi kitab rujukan ramai ulama.

Pesanan Untuk Aku

Era kini menuntut keterbukaan dalam penerimaan. Selektif sebenarnya menyempitkan ruang penyebaran ilmu secara umum. Tatkala kita menetapkan hanya tokoh itu dan ini sebagai rujukan atau parti tertentu sahaja serta menolak sebahagian yang lain, kita telah menyekat jalan penyebaran ilmu yang luas kepada kita. Sebetulnya kita mengamalkan konsep yang didatangkan sendiri daripada langit, iaitu:


 يَاأَيُّهَا  الَّذِينَ آَمَنُواإِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا



(Wahai orang-orang yang Beriman, apabila datang seorang fasiq dengan membawa suatu informasi maka periksalah ) Hujurat ayat 6

Konsep tabayyun( penelitian) perlu dijadikan disiplin asas dalam penerimaan. Telus dengan disiplin ilmu. Tidak terlanjur menolak, dan tidak tergopoh menerima.

~Menolak bukan membenci, menerima bukan tanda menyokong, tapi kita tertunduk dengan kebenaran dan bertegas dengan kebatilan~






No comments:

Post a Comment