Gelombang imu
Ekspedisi meniti lembah ilmu cukup memeritkan daya dan
tenaga sang pencinta. Namun natijahnya sudah pasti menguja dan tidak kecewa.
Apatah lagi jika sang pecinta di bumi Anbiya, sudah barang pasti jerih pedih
sejarah dan perjuangan lama ulama’ berbangsa arab terus menerus memacu semangat
sang pencinta agar tidak terus kelam dan padam. Saya amat optimist bahawa rata-rata pencinta ilmu atau secara profesionalnya yang digelar golongan mahasiswa sudah
membaca buku Ma’lim Fi toriq( Said Qutub) yang masyhur dikenali sebagai Milestone dalam bahasa inggeris dan
Petunjuk Sepanjang Jalan dalam bahasa kita. Karya agung beliau menjadi kitab
wajib bagi pencinta ilmu selain dari tulisan magnum opus nya Fi Zilalil Quran.
Membudayakan
pembacaan sebelum budaya membeli
Minat menjadi
tabiat. Tabiat yang dikongsi bersama menjadi budaya. Maka budaya yang
berpanjangan mampu menjadi adat yang berkekalan. Budaya yang kian rancak
beroperasi dalam kalangan mahasiswa ialah membeli buku. Hinggakan di bilik
masing-masing wajib mempunyai sebuah rak bertingkat-tingkat yang disusun kitab. Budaya ini
kelihatan positif dalam mewujudkan intelektualist namun ia sedikit pincang. Di
mana pincangnya ialah apabila kitab2 hanya menjadi perhiasan bilik atau ruang
tamu.
Sikap
comparisme mencandukan fahamism
Sikap berlumba menghabiskan buku rancak dalam kalangan
mereka yang kononnya menggelar diri golongan mahasiswa yang matang dan
berideologi.Semakin banyak buku yang mampu dihabiskan, semakin tinggi nama
dijulang di kalangan teman . Budaya ini totalnya paradoks sama sekali dengan nilai
sebuah ilmu. Saya mengambil bicara Syeikh Solah Uthaimin dalam mengulas definisi
ilmu kerana pada perkiraan saya, ia lebih simple dan menyeluruh, katanya:
"إدراك شئ على ما هو عليه إدراكا جازما"
(mengetahui sesuatu dengan hakikat sebenar, dengan pengetahuan yang pasti)
Saya juga memetik dari seorang teman
tentang sebuah tulisan “Five Minds for the Future”, Howard Gardner.Ringkasnya,beliau
seorang penulis terkenal yang banyak menghasilkan buku-buku yang membahas
tentang mekanisme pemikiran manusia. Dalam buku ini, beliau mengajukan lima
mekanisme pemikiran yang wajib dikuasai oleh setiap orang yang ingin tetap
bertahan di dunia yang terus berkembang dan membawa pelbagai cabaran baru. Lima
pemikiran itu adalah pemikiran yang disiplin (discipline mind), pandai
menghimpun (synthesizing mind), kreatif (creative mind), penuh hormat (respectful
mind) dan etis (ethical mind).
Apa yang jelas di sini ialah pengenalan teori
ini sama sekali menghapus sikap simplistic pembaca yang hanya mengetahui
luaran(appearance) tanpa mengetahui dalaman( substance). Mampu mengingati
ratusan tajuk buku tanpa memahami tidak lebih mulia dari mendalami kitab matan arbain
nawawi yang tidak sampai 30 muka surat.
Bukan
sekadar tahu
Islam
dan suasana semasa menuntut masyarakat menjadi cakna dan peka. Golongan penuntut
lebih2 lagi patut memberi keutamaan dalam kancah intelektualism. Namun sekadar
tahu tidak padan. Islam menggalakkan umat menjadi faqih.Istilah arab faqih dinyatakan dalam hadith di mana:
من يرد
الله به خيرا يفقهه في الدين
Pada
hemat saya, faqih merupakan kata lain
epistemology.
Secara
simantik, epistemologi adalah dwi patah kata Yunani, iaitu "episteme"
dan "logos". "Episteme" bermaksud pengetahuan manakala
"logos" pula bermaksud teori. Epistemologi membahas secara mendalam
segenap proses yang terlihat dalam usaha kita untuk memperolehi pengetahuan.
Epistemologi merupakan satu cabangan ilmu berfalsafah. Epistemologi
prihatin tentang beberapa isu klasik, seperti rasionalisme,empirisme atau skeptisme.
Sebagai khulasah, saya mengakhiri
cernaan minda saya dengan sebuah nasihat Imam Ahmad tatkala ditanya sampai
bilakah engkau ingin terus begini( bersama pena dan dakwat). Katanya cukup
menggetarkan jiwa…..
"مع الهبرة إلى المقبرة"
(bersama pena
aku ke kubur)
nasihat buat diri......
~pakai jeans bukan secular,pakai jubbah bukan jumud~
-20 Mei 2012-
