Reform
Islam datang sebagai rahmatal lil a’lamiin. Biarpun begitu pihak yang tergugat periuk
nasi mereka di rumah atau tergugat jawatan besar ketika itu tidak memandang
dengan perspektif sebegitu. Bahkan mereka menyifatkan Islam agama
rekaan yang cuba melawan arus masyarakat ketika itu. Tercetuslah budaya
‘melabel’ terhadap lelaki pembawa ajaran baru ini dengan labelan seperti
‘lelaki pembohong’ dan 'ahli sihir'. Demikianlah lumrah penentang arus. Tatkala
hujah tidak mampu dibalas hujah. Maka kuasa dan penghinaan menjadi penyudah
terakhir.
Sejarah mengukir petanya bahawa sebuah tamadun yang rakus
dan zalim tidak mampu dijatuhkan melainkan terpaksa dibayar dengan mahar
perjuangan yang perit dan pedih. Demikianlah yang dilalui oleh mereka dilabelkan
sebagai reformist, pembaharu dan
progressive leader oleh golongan yang tidak bersehaluan. Di tanah melayu, kita menyaksikan siri
perjuangan di tangan sosok besar bangsa kita seperti Syed Syeikh Al Hadi (pada 1867-1934), Zaa’ba (pada 1895-1973), Abu Bakar Asy’ari, Ibrahim al ‘Aqidi dan Syeikh
Muhammad Tahir Jamalluddin (pada 1869-1956). Sebahagian mereka dihukum salah dan dilabel sebagai
golongan ‘wahabi’ , hanya kerana berpandangan berbeza daripada
majoriti.Perjuangan merubah stigma masyarakat yang dogmatik terhadap
budaya dan kefahaman Islam yang jumud ini, selalunya akan berkonfrontasi dengan
golongan ‘lama’ yang masih teguh pada idea lama yang tidak bersifat waqie( reality). Di negara jiran kita pula, munculnya di tengah tengah Kampung Kuaman Yogjakarta sebuah
pergerakan yang dikenali sebagai Muhammadiah pada tahun 1912. Minda perjuangan
Kiyai Dahlan ini tidak banyak berbeza dengan tokoh tanah melayu yang dinyatakan
tadi, iaitu berkisar tentang pemansuhan warisan peradaban lama yang masih
ortodoks. Kisah agung perjuangan Kiyai Dahlan difilemkan dalam filem arahan
Hanung Bramantyo, Sang Pencerah . Seperti lumrahnya, Komiti Seleksi Festival Filem Indonesia (FFI) 2010 tidak meluluskan
filem sinikal ini bertanding. Barangkali ada arahan pihak tertentu atau sebuah
konspirasi yang masih misteri . Haih, malulah dengan Academy Awards wahai
FFI!!!
Martin Luther
Dalam perbincangan tentang reformasi, tidak terlepas dari
menyebut seorang tokoh paderi Jerman, Martin Luther ( pada 1438-1546) yang mengasaskan Gereja Lutheran dan Protestan.Pada Oktober 1517 Luther menulis 95 Tesis, mencabar fundamental
utama Gereja Barat iaitu penghapuskan dosa (indulgences) dan kuasa Paul. Lantaran
tindakannya yang dianggap radikal dan songsang, Paus menghukum pendapatnya
sebagai terpesong dan sesat(heresy) dan mengeluarkannya dari jemaah Katolik dengan akta Exsurge Domine pada 15 Jun 1520. Luther juga diistiharkan
sebagai buangan oleh Diet. Sejarah perjuangan Martin Luther yang
difilemkan oleh pengarah filem British , Eric Till yang berjudul ‘Luther’.
Seruan reform Martin Luther telah disambut rakyat, hinggakan berpuluh puluh
ribu rakyat menjadi korban. Namun demikianlah sunnah perjuangan, tatkala rakyat
sudah bersama suara perubahan, pihak berkuasa tidak mampu berbuat apa-apa.
Kesedaran terhadap pincangnya golongan gereja yang kononnya berbicara atas nama
Christ atau agama Kristian ini sudah lama sebenarnya dikesan oleh sebahagian
penganutnya. Tetapi tiada yang ingin mengangkat rasa tidak puas hati itu
menjadi tema perjuangan hinggalah munculnya paderi muda yang mula-mula melaungkan
‘azan’ reformasi.
Martin Luther Melayu
Balik-balik barat, balik-balik barat. Takkan tiada tokoh kita.
Sebenarnya ada,cuma sejarahnya tidaklah sebesar Martin Luther. Tanah keramat
ini menyaksikan lantangan suara pembaharuan yang menembusi kepekatan salah guna kuasa golongan agama yang konservatif
lagi ortodoks dan politik diktator. Demikianlah realiti yang dihadapi Syed
Syeikh Al Hadi. Dalam kebanyakan siri perjuangan, akan ditentang dua golongan,
iaitu agamawan dan politikus. Hal yang sama berlaku pada Martin Luther dan
sebelum itu dihadapi oleh Nabi Musa ketika menetang Fir’aun dan Hamman.
Golongan agama yang membaca nas demi mengukuhkan golongan penguasa dan golongan
kuasa pula memberi kedudukan terpuji lagi terpelihara kepada agamawan. Hal ini disentuh oleh
Jamaluddin Afghani,tokoh reformis Afghanistan dengan kata2 nya :
أأنتم تسبحون بحمد الله أم أنت تسبحون بحمد الملوك والاستعمار
(adakah kalian memuji dengan pujian Allah atau memuji
dengan pujian pemerintah dan kolonist)
Syed Syeikh al Hadi
yang terkesan dengan dakyah pemikir reformis Mesir, Muhammad Abduh dalam fatrah
Arab Awekening, memanjangkan dakyah
di bumi sendiri. Beliau mengkritik golongan raja-raja melayu dalam satu kata2nya
yang terkenal, “semua bala datang kepada orang melayu datang dari raja-raja melayu,
yang hanya tahu bermewah mewah tanpa memikirkan masalah rakyat”. Bukan sekadar
Syed Syeikh al Hadi yang menghentam raja melayu, bahkan Buya Hamka juga turut
melontar kritikan menerusi bukunya ‘Ayahku’ dan ‘Teguran suci dan jujur kepada
Mufti Johor’. Demikian juga menerusi bukunya ‘Dari Peradaban Lama’ menceritakan
kejatuhan Kota Melaka dek kerana salah guna kuasa Sultan Melaka. Antara cerita
yang masyhur ialah pembunuhan keluarga Tun Ali, hanya kerana keinginan Sultan
Melaka kepada Tun Fatimah.Kritikan yang berat itu menjadikan Syed Syeikh Al
Hadi sebagai masalah bagi golongan tertentu. Maka sekali lagi budaya”melabel”
kembali berperanan dengan melabel beliau dengan gelaran yang hina. Inilah
tindakan untuk memanipulasikan rakyat menjadi takut dengan syed Syeih Al Hadi dan seterusnya memastikan
idea reformisnya tidak bersambut. Senjata persepsi digunakan.
Saya tidak berniat melontar komentar yang aggressif lantaran
saya sendiri bukanlah orang berjuang. Sudah tentu penceritaan sejarah yang
dinukilkan oleh penulis yang duduk di bilik berdingin hawa,di atas meja kayu
jati, di bawah simbahan lampu neon, berkalam pula pad kekunci laptop
berteknologi tinggi, tidak akan sekali sama dengan sejarah yang di’corak’ oleh
mereka yang turun ke medan perjuangan,merasai apa itu kepedihan, apa itu penentangan
bahkan kematian. Sejarah itu jiwa. Dari sejarahlah kita mengetahui golongan yang diangkat hero pada zaman lalu, ditulis sebagai pengkhianat oleh sejarah kini.Begitu juga yang dicerca dimaki, hari ini sejarah mengenali dengan gelaran terpuji seperti kisah Imam Ahmad yang dituduh sesat dan Ahmad Abi Duan yang menghalalkan darah Imam Ahmad. Hari ini, dunia mengenali ketokohan Iman Ahmad yang juga pengasas salah satu mazhab terbesar. Daripada sejarah inilah, semangat saya
jadi membara. Harus diingat, matlamat perjuangan bukanlah sekadar berapi
mengutuk kerajaan atau mengutuk pembangkang.
Tapi kita menyokong ketelusan.
“ bukanlah aku menyanjung kaum muda, bukan jua membantah kaum lama, tapi aku mencari kaum yang bicaranya benar,”
“Harus menghidupkan semangat bebas
berfikir, bebas dari belenggu feudalisme”-Syed Hussein al-Atas
-29 Jun 2012-
No comments:
Post a Comment