Sukan
Olimpik London 2012 pastinya meninggalkan kesan yang mendalam bagi peminat
sukan negara. Pastinya, Arena Wembly mengukir sejarah emas bagi seluruh rakyat
Malaysia biarpun berkesudahan kalah.
“ Minta Maaf Malaysian, aku kalah…”
Itu
bukanlah kata-kata daripada seorang penceramah agama, atau motivator terkemuka,
tapi hanyalah dari mulut etlit berbangsa Cina. Siapa sangka, bicara itu mampu
menjatuhkan air mata para pendengar. Datuk Lee Chong Wei. Satu nama yang
menghiasi persada tertinggi sukan Badminton dunia. Beliau tewas di tangan
pesaing tradisi, Lin Dan. Biarpun kalah, namun keikhlasannya memartabatkan nama tanah air itu, saya kira lebih ikhlas dan jelas berbanding sebahagian yang
mendakwa merekalah penjulang bangsa dan negara.
Akhirnya,
peristiwa tersebut memberi gambaran bahawa perjuangan negara tidak
diwakili bangsa tertentu.
Bangsaku
Dahulunya,
dasar pecah dan perintah memisahkan fizikal dan hati bangsa-bangsa tanah Melayu untuk
bersatu dan membentuk wihdatul fikr( kesatuan idea). Selepas merdeka, cubaan bersatu untuk peringkat awal sukar. Malahan
tercetus sejarah hitam tanah air gara-gara perbezaan bangsa. Namun
kematangan perlahan lahan menyusup masuk di minda pimpinan negara, dan hari
ini, kemakmuran berbilang bangsa dan agama tercapai.
Namun,
kebersamaan ini tidak menghilangkan beberapa nilai yang dirasakan mewakili
bangsa. Sebagai contoh, bangsa Melayu mempunyai nilai-nilai tertentu seperti
sopan santun dan berterima kasih. Manakala bangsa Cina pula disifatkan sebagai
bangsa yang ‘materialistik’ dan agressif. Rupa-rupanya, pertembungan dan
perkekalan nilai yang mengikut kaum dalam jangka masa yang lama ini, mencorak masyarakat yang
berbeza . Di bandar yang didominasikan bangsa Cina
satu masa dahulu, melahirkan masyarakat
yang progressif, lebih dinamik dan berlumba-lumba mengejar kehidupan yang
selesa. Semuanya berpunca daripada sosio-budaya dan nilai terapan dalam bangsa
mereka. Sebaliknya, di kampung, melayu yang terdidik dengan ‘ sabar’ dan ‘
berterima kasih’ tidak seagrresif bangsa Cina. Kita(Melayu) lebih memilih untuk membudayakan mediocrity ( budaya cukup makan).
Berpada pada yang ada( qonaah).
Kita
tidak berani tampil kehadapan bersaing masyarakat Cina dan masyarakat lain. Kita selesa duduk di
zon ini. Kerana itu, dilancarkan Dasar Ekonomi Baru(DEB) atau Dasar Pembangunan
Negara(DPN) untuk membasmikan kemiskinan orang Melayu secara tersurat, tetapi
secara tersiratnya adalah untuk membasmi nilai-nilai fundamental yang menjadi
‘aqidah’ orang melayu. Hadafnya, untuk membolehkan orang melayu mengurus dan
memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat kegiatan ekonomi
(meningkatkan daya saing dan keberanian orang Melayu).
Itu Kita Dulu
Kita
dahulu. Kita jarang mempersoalkan pimpinan tatkala berlakunya ketirisan kerana
kita dididik ‘sabar’ dan ‘syukur’. Kita tidak mampu meminta lebih daripada
pimpinan kerana kita dididik ‘berterima kasih’. Biarpun beberapa isu yang
menyentuh hak sebagai rakyat marhean, yang berhak untuk bersuara
mempersoalkannya, kita masih tegar membela nilai-nilai kemelayuan ini agar
tidak terus hilang. Itu kita yang dahulu. Apakah kita masih sama?
Hari ini,
saya berpendapat kita sudah semakin berani bersuara. Betul, kita menjaga
nilai-nilai baik tersebut, namun tidaklah sehingga kita dizalimi dan teraniaya.
Saya tertarik dengan ucapan mantap Seniman Negara Usman Awang:
“Sebuah perkataan yang paling ditakuti, untuk bangsa kita yang pemalu, sekarang kata ini kuajarkan pada anakku, kau harus menjadi manusia kurang ajar, untuk tidak mewarisi malu ayahmu, lihat petani-petani yang kurang ajar, memiliki tanah dengan caranya, sebelumnya mereka tak punya apa, kerana ajaran malu dari bangsanya, suatu bangsa tidak menjadi besar tanpa memiliki sifat kurang ajar”
“Sebuah perkataan yang paling ditakuti, untuk bangsa kita yang pemalu, sekarang kata ini kuajarkan pada anakku, kau harus menjadi manusia kurang ajar, untuk tidak mewarisi malu ayahmu, lihat petani-petani yang kurang ajar, memiliki tanah dengan caranya, sebelumnya mereka tak punya apa, kerana ajaran malu dari bangsanya, suatu bangsa tidak menjadi besar tanpa memiliki sifat kurang ajar”
Era ini
menuntut ‘kurang ajar’ (bahasa sopannya ialah berani dan aggressif).
Golongan ‘pak turut’ dan pemalu akan
tewas dengan bahana politik dan budaya kotor hari ini. Mereka yang di atas
sewenang wenangnya ber ‘kurang ajar’ mengkhianti amanah kita. Memunggah harta
kita ke luar. Mengenakan itu dan ini. Mereka sudah lupa nilai bangsa kita, tetapi merekalah jua yang mengingatkan rakyat di bawah supaya terus mengamalkan nilai itu. Sungguh,tiada senjata yang setara,
melainkan kita turut menyerang balas ke’kurang ajar’an mereka dengan peluru
yang sama.
Lee Chong Wei, terima kasih telah membawa harapan kami. Bangsamu telah terkehadapan. Juga terima kasih kepada Pocket Roket Man, Azizul Hasni Awang. Bangsa kita juga perlu kurang ajar untuk ke hadapan.

