Sunday, 20 May 2012

Iqra'



Gelombang imu

Ekspedisi meniti lembah ilmu cukup memeritkan daya dan tenaga sang pencinta. Namun natijahnya sudah pasti menguja dan tidak kecewa. Apatah lagi jika sang pecinta di bumi Anbiya, sudah barang pasti jerih pedih sejarah dan perjuangan lama ulama’ berbangsa arab terus menerus memacu semangat sang pencinta agar tidak terus kelam dan padam. Saya amat optimist bahawa rata-rata pencinta ilmu atau secara profesionalnya yang digelar golongan mahasiswa sudah membaca buku Ma’lim Fi toriq( Said Qutub) yang masyhur dikenali sebagai Milestone dalam bahasa inggeris dan Petunjuk Sepanjang Jalan dalam bahasa kita. Karya agung beliau menjadi kitab wajib bagi pencinta ilmu selain dari tulisan magnum opus nya Fi Zilalil Quran.

Membudayakan pembacaan sebelum budaya membeli

Minat menjadi tabiat. Tabiat yang dikongsi bersama menjadi budaya. Maka budaya yang berpanjangan mampu menjadi adat yang berkekalan. Budaya yang kian rancak beroperasi dalam kalangan mahasiswa ialah membeli buku. Hinggakan di bilik masing-masing wajib mempunyai sebuah rak bertingkat-tingkat yang disusun kitab. Budaya ini kelihatan positif dalam mewujudkan intelektualist namun ia sedikit pincang. Di mana pincangnya ialah apabila kitab2 hanya menjadi perhiasan bilik atau ruang tamu.

Sikap comparisme mencandukan fahamism

Sikap berlumba menghabiskan buku rancak dalam kalangan mereka yang kononnya menggelar diri golongan mahasiswa yang matang dan berideologi.Semakin banyak buku yang mampu dihabiskan, semakin tinggi nama dijulang di kalangan teman . Budaya ini totalnya paradoks sama sekali dengan nilai sebuah ilmu. Saya mengambil bicara Syeikh Solah Uthaimin dalam mengulas definisi ilmu kerana pada perkiraan saya, ia lebih simple dan menyeluruh, katanya:

"إدراك شئ على ما هو عليه إدراكا جازما"

(mengetahui sesuatu dengan hakikat sebenar, dengan pengetahuan yang pasti)

Saya juga memetik dari seorang teman tentang sebuah tulisan “Five Minds for the Future”, Howard Gardner.Ringkasnya,beliau seorang penulis terkenal yang banyak menghasilkan buku-buku yang membahas tentang mekanisme pemikiran manusia. Dalam buku ini, beliau mengajukan lima mekanisme pemikiran yang wajib dikuasai oleh setiap orang yang ingin tetap bertahan di dunia yang terus berkembang dan membawa pelbagai cabaran baru. Lima pemikiran itu adalah pemikiran yang disiplin (discipline mind), pandai menghimpun (synthesizing mind), kreatif (creative mind), penuh hormat (respectful mind) dan etis (ethical mind).

Apa yang jelas di sini ialah pengenalan teori ini sama sekali menghapus sikap simplistic pembaca yang hanya mengetahui luaran(appearance) tanpa mengetahui dalaman( substance). Mampu mengingati ratusan tajuk buku tanpa memahami tidak lebih mulia dari mendalami kitab matan arbain nawawi yang tidak sampai 30 muka surat.

Bukan sekadar tahu

Islam dan suasana semasa menuntut masyarakat menjadi cakna dan peka. Golongan penuntut lebih2 lagi patut memberi keutamaan dalam kancah intelektualism. Namun sekadar tahu tidak padan. Islam menggalakkan umat menjadi faqih.Istilah arab faqih dinyatakan dalam hadith di mana:
من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين

Pada hemat saya, faqih merupakan kata lain epistemology.
Secara simantik, epistemologi adalah dwi patah kata Yunani, iaitu "episteme" dan "logos". "Episteme" bermaksud pengetahuan manakala "logos" pula bermaksud teori. Epistemologi membahas secara mendalam segenap proses yang terlihat dalam usaha kita untuk memperolehi pengetahuan.
Epistemologi merupakan satu cabangan ilmu berfalsafah. Epistemologi prihatin tentang beberapa isu klasik, seperti rasionalisme,empirisme atau skeptisme.
Sebagai khulasah, saya mengakhiri cernaan minda saya dengan sebuah nasihat Imam Ahmad tatkala ditanya sampai bilakah engkau ingin terus begini( bersama pena dan dakwat). Katanya cukup menggetarkan jiwa…..

"مع الهبرة إلى المقبرة"


(bersama pena aku ke kubur)


nasihat buat diri......

 ~pakai jeans bukan secular,pakai jubbah bukan jumud~


-20 Mei 2012-




No comments:

Post a Comment