Thursday, 13 December 2012

Serambi Filemku.....LOL




"Isu itu tidak benar. Itu hanya sebuah fantasi," kata David Morrison, Astrobiologis di NASA Ames Research Center.

Dengan sebuah penafsiran dari kalender Suku Maya, yang mempredikkan 12/12/12 merupakan titik akhir hayat bumi telah meletus sebuah isu yang tersangat hangat. Tipikalnya, manusia sangat menyukai isu-isu sebegini. Namun, 28 November 2012, pihak NASA sendiri menafikan kenyataan tersebut berdasarkan beberapa kajian ilmiah, bukan sangkaan dan prediksi semata-mata.

Bagi ummat Islam, biarpun keabsahan dakwaan dipertikai, namun ummat Islam perlu sentiasa peka dan cakna untuk mempersiapkan diri menghadapi hari besar, kerana ianya pasti. Good-side of the issue. Namun, kontradik pula dengan golongan yang mempercayai bula-bulat. Dilaporkan, ada yang sudah membunuh diri, menghadapi gangguan mental dan sebagainya. Gara-gara isu ekplosif yang auta.

Apapun, kita sudah melangkah meninggalkan tarikh popular itu. Hidup diteruskan. Malah menuju penghujung 2012. Saya tertarik membawa isu filem tanah air kita sendiri.

Filemku

Abad 80-an dan 90-an menyaksikan lambakan filem-filem tanah air yang bergenrekan cinta majoritasnya. Azura, Gila-Gila Remaja,Isabella merupakan filem yang pernah meletup. Namun akhir ini, tumpuan pengarah seakan dipukau kuasa ghaib. Muncul pula lambakan filem bergenre mistik. Alih-alih cinta, hantu pula.Rasa bosan sikit, buat filem lawak. Syabas dan teruskan. Minda yang kreatif dan maju perlukan cerita-cerita sebegitu. Buat banyak-banyak lagi.

Maaf kerana agak ekstrem mengkritik padahal saya sendiri tidaklah terlibat secara rasmi dalam pembikinan mana-mana filem pun. Namun saya merasakan kritikan ini perlu. Masyarakat yang memberi ruang dikritik adalah masyarakat yang sentiasa membaiki diri dan kualiti. Pastinya, ini juga harapan rakyat marhaen lain yang ingin melihat filem kita bertanding di persada antarabangsa dari sudut idea. Filem barat mengejek kita dari depan.Malahan jiran kita, Indonesia juga telah maju mempersembahkan filem bermutu tinggi ideanya.

Alasannya?

Saya akur, dari sudut kualiti dan kos, kita masih tidak mampu mencapai tahap seperti filem orang putih. Bersainglah pada takat yang kita mampu. Saya sangat menantikan filem-filem seperti Perempuan, Isteri&…..? karya U-Wei hj Saari dihidupkan semula menemui jiwa-jiwa yang dahagakan perubahan dan idea. Juga filem seperti Jogho yang sinikal memberi kritikan sosial masyarakat Melayu Kelantan. Rasuah, fitnah dijadikan isu fundamental filem berkos rendah itu. Kerana Filem Iran,"Children Of Heaven" pada tahun1998 itu merupakan filem yang sangat sedikit menelan bajet. Hanya mempertaruhkan idea realiti kehidupan golongan fakir yang sedaya mahu mengheret diri untuk terus hidup. Kerana idea, ia pernah dicalonkan Academy Award for Best Foreign Language Film.So, kos bukanlah penghalang utama kan?

12 December 2012 bukan penamat dunia bumi, tapi kemungkinan kelahiran idea baru filem tempatan bermutu tinggi. Mungkinkah?


~Menuju Era Minda Alaf Baru, Aku menulis pada 13 Dec 2012~